Bonjour Fellas! ![]() ![]() The Script |
Kuala Lumpur, aku dah mati .
#15.11.2011 Opie berjalan sendiri. basah dalam hujan. menanti sesorang akan datang. namun dia tahu, itu semua hampa. "ko ni dah kenapa Opie, balik rumah basah-basah? dahla guruh kuat kat luar tu. Bahaya tau jalan kat tengah Kuala Lumpur malam-malam gini, hujan lagi" Opie hanya melimpasi Ika yang sekian kali mengadap laptop di ruang hadapan. "Just give her time ..." bisik Zera. Ika geleng kepala. mengeluh. Earfon terus tertancap di telinga. Lagu My Chemical Romance - Helena berdentum di ruang udara. Opie terkulai layu di katil. Majalah menutup mukanya. Namun ada mata yang masih tercelik. menangis dalam diam, itu duka. Anjing menyalak tanpa henti. Opie tahu. dia datang lagi. Tingkap bilik dikuak. yaaa. memang dia datang lagi. tersenyum dari bawah. "Opie." senyap .. "Opieee. Ika panngil kau tu" Zera menoleh. "Apa?" "Ok kali ni ko mesti dengar ape aku nak ckp. because this is damn amazing ! " Ika menjeling di kaki tangga. Opie tertarik. "Tiket apa tu? " "Kali ni kau tak boleh lari dari semua ni. tak boleh lari. Aku beli tiket gig Boneca. BONECA ok!! " Zera menjerit, "Homaigoddddd !" Mata Opie sedikit teruja. "so?" Ika dan Zera bertanya serentak. Opie diam. anguk. Ika dan Zera berteriak ! 2 tahun. 2 tahun aku hilang kau. 2 tahun aku hilang segala-galanya. kau dah mati. ya. dah mati. "This is the best gig ever. Sepanjang aku kat KL ni, aku rasa ni gig yang paling superb sampai boleh buat aku nangis wok! sumpah ! " Ika membuka tin minuman sambil bercerita dengan galak. Opie senyum sumbing. "Are you heppy Opie? " Zera memberi tin cola kepada Opie. "You wish.." Opie bangkit ke bilik meninggalkan mereka berdua. terkulat. "At least dia dah bersuara" Ika menghabiskan sisa air tinnya. ............... "Opie lain macam lah hari ni .." Ika menjengketkan bahunya. "Seem like dia dah okey, rite? " Zera meminta pendapat. Ika mendongak dari terus menghadap laptop. "Yelah, dah boleh senyum. Bila aku tanya kau ok tak, dia cakap. dia ok. dia dah jumpa dengan kegembiraan dia. sekejap lagi dia akan jumpa. " Satu surat tepi pasu bunga sebelah meja belajar. Ika. Zera. Terima kasih untuk segala-galanya. Maaf. aku tak dapat berpijak di bumi yang nyata. 2tahun. 2 tahun aku dihantui dia. sepanjang jangka masa tu aku tak rasa aku berpijak di dunia ni. Aku telah bunuh dia . Terima kasih sebab tak pernah cerita dengan siapa-siapa. tapi aku tersiksa sendiri. Aku tau aku salah. Dia datang setiap hari . aku tak tahan Ika, Zira. Walaupun memang salah dia curang dengan aku, aku tak patut bunuh dia. tak patut. Tapi aku mahu dengan dia. Hanya dengan dia. Aku sangat rindu dia. Bagi aku jumpa dia ya? Ika mengigil. Opie terkulai layu. Kakinya tidak menjejak tanah. Kipas terikat dengan kain putih. Opie tergantung di kipas itu. Zira berteleku. '1 NEW MESSAGE' hye Ika. Zera. Aku dah bahagia skrg. Zareed kat sebelah aku =D -Opie. -- -- selamat hari raya maaf zahir dan batin dari kami. Ezany dan Cha'e {♥} 1 side kick(s) |